Bufet Iftar Travelodge Ipoh Tampilkan Selera Warisan Tiga Negeri
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 559
IPOH – Travelodge Hotel Ipoh bakal menyajikan bufet iftar bertemakan Selera Warisan Desa yang menggabungkan cita rasa dari tiga negeri, iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang, bermula 7 Mac hingga 27 Mac 2025 di The Atrium Restaurant dari jam 7 petang hingga 10 malam.
Harga bufet ditetapkan pada RM79 bersih bagi dewasa, manakala kanak-kanak dan warga emas pada RM64 bersih.
Menurut Cef Muhammad Asyraf Anuar yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia kulinari, bufet ini menawarkan lebih 80 jenis sajian dengan tiga set menu berputar setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
“Antara menu istimewa kami ialah Kari Kepala Ikan, Kambing Bakar, Nasi Arab, Kari Daging Gulai Kawah, Ikan Pari Asam Pedas serta pelbagai ulam-ulaman dan kuih-muih tradisional Melayu.
“Kari Kepala Ikan dan Kari Daging Gulai Kawah menggunakan adunan rempah tersendiri bagi mencipta cita rasa unik serta aroma yang membangkitkan selera,” katanya.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati hidangan bercita rasa mamak Pulau Pinang dan keaslian masakan Melaka seperti Ikan Pari Asam Pedas. Menu tradisi negeri Perak seperti Sotong Masak Lemak, Ayam Masak Rose serta aneka kerabu turut ditampilkan.
“Tidak ketinggalan, bufet ini juga mengetengahkan menu dari Timur Tengah seperti Nasi Arab bersama Kambing Bakar.
“Perapan untuk Kambing Bakar ini mengandungi lebih 20 jenis rempah ratus dan diperap selama satu hari bagi menghasilkan tekstur daging yang lembut serta tidak berbau hamis,” jelasnya.
Bagi pelanggan yang merancang iftar secara berkumpulan atau majlis korporat, Travelodge Hotel Ipoh menawarkan promosi istimewa, di mana setiap 10 tempahan akan menerima satu tempat percuma.
Promosi Penginapan Ramadan
Selain bufet, Travelodge Hotel Ipoh turut menyediakan pakej penginapan khas sepanjang Ramadan:
Pakej 2-to-go – Termasuk sahur, penginapan dua hari satu malam di Bilik Deluxe serta bufet iftar untuk dua orang pada harga RM481+.
Pakej 4-to-go – Termasuk sahur, penginapan dua hari satu malam di Bilik Friends and Family Quadruple serta bufet iftar untuk empat orang pada harga RM851+.
Pakej ini tersedia dari 7 Mac hingga 27 Mac 2025. Untuk tempahan bilik, layari www.travelodgeipoh.com atau hubungi +605-2428888.
Travelodge Hotel Ipoh menawarkan 268 bilik moden serta kemudahan untuk mesyuarat, acara dan majlis perkahwinan. The Atrium Restaurant pula menyediakan pengalaman kulinari autentik dalam suasana selesa.
Untuk tempahan bufet iftar atau sebarang pertanyaan, hubungi 012-9854829 atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Layari www.travelodgeipoh.com atau ikuti laman media sosial rasmi Travelodge Hotel Ipoh dan The Atrium Restaurant untuk maklumat lanjut. - PERAKTASTIC-