“METALVERSE” Bakal Gegarkan Kuala Lumpur April Ini
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 137

KUALA LUMPUR: Peminat muzik metal dan punk bakal dihidangkan dengan pengalaman luar biasa apabila festival antarabangsa, “Metalverse” dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 30 April hingga 1 Mei ini di Megastar Arena Kuala Lumpur, dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam.
Dianjurkan Vox Nation Live, festival ini diwujudkan sebagai platform eksklusif untuk meraikan budaya metal dan punk yang dilihat bukan sekadar genre muzik, sebaliknya satu komuniti yang dibina atas semangat tenaga, kejujuran dan kebersamaan peminatnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang berkata, “Metalverse” tercetus daripada kekosongan dalam landskap muzik tempatan yang jarang menampilkan festival besar berfokuskan sepenuhnya kepada genre metal dan punk.

Menurutnya, acara ini diwujudkan bagi memberi penghormatan sewajarnya kepada komuniti tersebut sambil menghubungkan peminat tempatan dengan ekosistem global.
“Antara tarikan utama ialah barisan artis antarabangsa berprofil tinggi seperti Of Mice & Men dan Blessthefall, yang terkenal dengan persembahan bertenaga serta hubungan emosi kuat bersama peminat.
“Festival ini juga bakal menampilkan dua kumpulan jemputan khas, Midnight Fusic dan Spooky Wet Dreams,” katanya.

Shawn turut menjelaskan pemilihan Megastar Arena KL dibuat kerana keseimbangan dari segi kapasiti, kualiti bunyi dan akses strategik, selain menjanjikan pengalaman intim tetapi berimpak tinggi melalui produksi pentas profesional, pencahayaan serta susun atur mesra pengunjung.
“Menariknya, barisan artis tempatan akan diumumkan lebih hampir dengan tarikh festival bagi memberi sorotan lebih bermakna kepada scene muzik berat tempatan.
“Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman rasmi Ticketmelon,” tanbahnya.
https://www.ticketmelon.com/voxnationlive/MetalverseRockFestival


