IPOH- Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berlangsung, Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh (KVLC) tidak terkecuali dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Pengarah KVLC, Harith Abd Rahman berkata sabagai sebuah intitusi pengajian adalah menjadi keutamaan dalam memastikan semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan harus dipatuhi.

“Kita sentiasa tegas dalam melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan tiada sebarang penularan pendemik Covid-19 dikalangan kakitangan dan pelajar.

“Begitu juga dengan tatacara SOP solat jumaat di surau kami iaitu Surau Abu Bakar As-Siddiq yang boleh memuatkan seramai 80 orang pada satu masa. Kita telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum perlaksaaan solat jumaat dilangsungkan”, katanya.

KVLC melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dengan menawarkan tujuh program peringkat diploma iaitu Diploma Teknologi Pembinaan, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Automotif, Diploma Teknologi Pemesinan Industri, Diploma Teknologi Kimpalan dan Diploma Pengurusan Perniagaan.