IPOH- Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) memohon kerjasama orang ramai untuk menderma darah. Difahamkan bekalan darah di HRPB tidak mencukupi bagi menampung keperluan rawatan pesakit.

Bagi mengatasai masalah itu satu kempen derma darah telah dimulakan sejak 10-16 Ogos 2020. Sebanyak empat lokasi ditetapkan selain di bilik pendermaan darah HRPB, Ipoh.

Antara lokasi kempen menderma darah itu ialah AEON Kinta City pada 10-16 Ogos 2020, 11.00 pagi hingga 4.00 petang dan AEON Station 18 pada 10,12,14 dan 15 Ogos 2020 pada pukul 11 pagi hingga 4.00 petang.

Dua lagi tempat menderma darah ialah di Persatuan Chin Woo pada 16 Ogos 2020 pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Lokasi keempat ialah Universiti Sulta Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar pada 13 Ogos 2020 pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi di talian 05-2085245.