IPOH- “Saya tetap akan menulis walaupun saya telah kehilangan sebelah kaki…”, ujar Jaspal Singh ketika ditemui dikediamannya di Taman Suria, di sini hari ini.

Jaspal Singh, 49, yang mengidap penyakit kencing manis lebih sepuluh tahun lalu, kini akur dengan takdir bahawa kaki sebelah kanannya terpaksa dipotong pada Ogos lalu.

“Saya tidak berasa sedih walaupun kehilangan sebelah kaki kerana sudah tiada pilihan lain untuk saya meneruskan kehidupan. Saya akan terus menulis kerana itu adalah bidang dan jiwa saya. Ini adalah satu cabaran kepada saya.

“Saya berada dalam bidang kewartawan selama dua dekad. Saya bermula sebagai sub editor di Business Times dari tahun 1997-2002 dan seterusnya sebagai pemberita di News Straits Times dan berkidmat di Ipoh sehingga 2014. Selepas itu saya ditawarkan sebagai Ketua Biro di The Malay Mail, Perak selama setahun. Kini saya sebagai editor dan penterjemahan sambilan”, katanya dengan tenang dan ceria menyambut kunjungan kami.

Turut bersama lawatan itu Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP), Rosli Mansor Ahmad Razali, Ketua Komunikasi Korporat Strategik, MB. Inc. Perak , Siti Kamesah Bee Hashim,Eksekutif Kanan Zaharatul Nazihah Azizul dan P. Chandra Sagaran.

Siti Kamesah turut menyampaikan sumbangan dari MB. Inc. Perak berupa cek bernilai RM10,000 kepada Jaspal Singh.

“Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan terhadap jasa Jaspal dalam dunia kewartawan di Perak. Saya bagi pihak MB. Inc. Perak mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit kos perbelanjaan perubatan seharian”, katanya.

Jaspal turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharu di atas kunjugan KSKMP dan MB. Inc. Perak.

“Saya merasa bertuah dan berbangga serta berterima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui MB. Inc. Perak yang memberi sumbagan. Kepada rakan-rakan media dan KSKMK juga terima kasih di atas kunjungan ini”, katanya.

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa beliau bolehlah menyalurkan bantuan ke Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di akaun CIMB Bank 8601233371. Slip sumbangan sila whasApp kepada

0175655689 untuk pengesahan.