Ipoh, 22 Dec: Seramai 21 orang penghuni Persatuan Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya, Pasir Putih, disantuni sempena perayaan Krismas yang bakal tiba.

Pengasas produk kesihatan Biofri selaku penganjur utama, Frida Khong, berkata program amal ini merupakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi mendekati golongan yang kurang bernasib baik.

“Kami memilih empat buat rumah kebajikan di sekitar Ipoh untuk menyampaikan bantuan disamping meraikan perayaan krismas yang menjelang tiba.

“Hari ini kami menyampaikan sumbangan barangan bernilai RM17,860. Antaranya ialah barangan keperluan harian seperti kerusi roda, lampin pakai buang, mesin penapis air dan pelbagai lagi.

“Kami berharap sumbangan ini akan dapat memudahkan penjagaan bagi penghuni rumah ini terutamanya mereka yang OKU”, katanya pada media selepas menyampaikan sumbangan di Majlis Amal Jariah Sempena Hari Natal di rumah Persatuan Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya, Pasir Putih, Ipoh, di sini, hari ini.

Biofri  merupakan produk minuman kolagen amino antioksidan yang dapat membantu semula masalah sel-sel kulit dari kekusaman, kedutan dan penuaan awal.

Tiga buah rumah kebajikan turut menerima bantuan melalui wakil masing-masing ialah Lovely Villa Home Care, Pusat Jagaan Seri Cahaya dan Victory Care Centre.

Sementara itu ADUN Pasir Pinji, YB Howard Lee Chuan How berkata golongan yang kurang bernasib baik seharusnya tidak dilupai terutamanya menjelang perayaan besar tanpa mengira bangsa dan agama.

“Gabungan dari pelbagai individu dan syarikat yang tampil memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik ini harus dicontohi oleh semua. Keperihatinan ini dapat mengeratkan hubungan majmuk diantara pelbagai kaum disamping memberi sokongan moral agar golongan ini tidak merasa disisihkan”, katanya yang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000.

Pengarah Persatuan Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya, Pasir Putih, MaryGovinsany,70, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang tampil memberi sumbagan.

“Penghuni rumah ini berumur di antara 6 bulan hingga 57 tahun. Hari ini mereka sungguh gembira kerana masih ada insan yang berhati mulia datang memberi bantuan dan menghiburkan mereka  yang kurang bernasib baik ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan yang diberi dan pastinya sumbangan mereka dapat meringankan tanggungan serta mengembirakan penghuni rumah ini”, katanya.