IPOH: Mulai Februari 2021, saluran tambah nilai kini diperluaskan untuk pengguna aplikasi PARK@PERAK menerusi kad kredit Visa dan Mastercard.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata tambah nilai itu juga boleh dilakukan melalui eWallet seperti Touch N Go, Boost, GrabPay dan Mcash.

 “Aplikasi pintar PARK@PERAK bagi bayaran caj tempat letak kereta di sekitar Bandaraya Ipoh dilihat telah menjadi pilihan kebanyakan wargakota Ipoh.

“Ini terbukti dengan peningkatan peratusan penggunaan yang telah mencecah hampir 50% di Bandaraya Ipoh sejak diperkenalkan pada awal tahun 2019. Penambahbaikan ini diharap dapat menggalakkan lagi penggunaan PARK@PERAK di seluruh Negeri Perak”, katanya dalam teks pembentangan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Februari, di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila berhubung di talian 05 – 2494970 / 05 – 2410563 atau hadir ke Unit Letak Kereta, UTC Perak atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..