IPOH- Warga Ipoh berpeluang turut serta dalam Moh Sertai Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik bersama jemputan khas ‘Sifu Dato’ M.Nasir yang julung kali diadakan.

Bengkel ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Luncai Emas Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).

Objektif penganjuran bengkel ini untuk melahirkan usahawan ‘youtuber’ yang dapat menjana pendapatan melalui saluran tepat dan berkesan.

Moderator yang terlibat ialah Penerbit Eksekutif Luncai Emas, Sham Amir Hussain. Antara ahli-ahli panel ialah Pengarah Filem, Dato' Jurey Latiff, Pengarah Hakcipta, Jennifah Johari dan Pengarah Produksi Luncai Emas, Keon Omar.

Bengkel ini dijadualkan pada hari Sabtu dan Ahad 27-28 Mac, 2021, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 hingga 60 tahun dan  dihadkan kepada 150 orang.  Yuran RM30.00 dikenakan bagi setiap penyertaan. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran bolehlah menghubungi di talian 05-2083250.