IPOH - Warga Ipoh dijemput untuk melayari laman sosial Facebook Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah rancangan MBI dan Anda berhubung topik Pengurusan Sampah, esok, 4 Mac 2021, jam 10 pagi. 

Sesi siaran langsung ini akan dikendalikan moderator, Pengarah Kanan Pentadbiran dan Operasi MBI, Musa Dun dengan dua tetamu jemputan iaitu, Ketua Penolong  Pengarah Kejuruteraan Kerja dan Operasi MBI, Arif Mohd Zainudin dan Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBI, S Manisegaran.

Ini adalah peluang baik untuk penduduk di bandaraya ini berinteraksi secara langsung bagi mendapatkan input mengenai pengurusan sampah di Ipoh. 

Malah, warga Ipoh juga berpeluang untuk mengajukan masalah atau aduan mengenai pengurusan sampah di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu, jangan lupa saksikan siaran langsung ini esok.