IPOH 13 Mei - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited melaksanaan tugas kepada warga bandar ini menerusi pembukaan kaunter WeServe.

Operasi kaunter ini yang terletak di ruang lobi Bangunan MBI di sini selaras dengan arahan kerajaan yang membenarkan sektor awam beroperasi sejak 4 Mei lalu.

Perkhidmatan kaunter WeServe ini melibatkan beberapa jabatan dan perkhidmatan seperti aduan awam, penilaian, perancang bandar, pelesenan dan OSC.

Ia melibatkan urusan-urusan yang tergendala atau tidak dapat diselesaikan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Justeru, semua urusan dan perkhidmatan yang diberi akan diselesaikan di kaunter di sini.

Sehingga kini kira-kira 700 orang awam telah berurusan di kaunter ini.

Waktu operasi Kaunter We Serve bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang

Selain kaunter WeServe, pihak MBI turut membuka operasi Bilik Gerakan Covid-19 MBI sejak 21 Mac lalu.

Ia bagi membantu menyampaikan dan menyalurkan maklumat berkenaan pelaksanaan PKP dan isu-isu berkaitan MBI kepada orang awam sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Ia melibatkan pelbagai jabatan dalaman MBI seperti Unit Korporat & Aduan Awam, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran,  Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasan dan Jabatan Landskap.

Waktu operasinya bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang.