IPOH – Seramai 70 golongan miskin bandar menerima sumbangan Aidilfitri daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini, hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, Pasar Raya Speedmart turut bermurah hati menaja bakul rezeki yang mengandungi beras, minyak, gula dan barangan keperluan harian lain.

“Selain itu, mereka juga menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM150 yang diharap dapat membantu mengurangkan beban masing-masing,” ujarnya.

Katanya, pemilihan penerima bantuan adalah berdasarkan pencalonan oleh Ahli Majlis MBI di zon masing-masing.

“Seramai 70 orang termasuk 10 orang anggota MBI menerima sumbangan tersebut,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan MBI Prihatin Sambutan Aidilfitri 1442H di sini.