IPOH - Jumlah penduduk yang ditempatkan di dua buah pusat penempatan sementara (PPS) di Muallim dan Larut Matang Selama yang terjejas akibat banjir kilat kini hanya 28 orang berbanding 48 sebelumnya.

PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim menempatkan 25 mangsa manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi pula seramai tiga orang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan di sini memberitahu, jumlah tersebut melibatkan lapan keluarga dengan pecahan 16 lelaki dan bakinya perempuan.

Bagaimana pun seramai 20 mangsa di PPS Sekolah Tebing Tinggi telah pulang ke rumah masing-masing setelah air beransur surut.

 

Habis.