IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menganjurkan pertandingan nyanyian solo secara maya (#stayathometalent2021) bermula hari ini sehingga 24 Jun depan.

Penyertaan dibuka kepada warga Ipoh serta penduduk di negeri Perak sahaja yang berumur 18 tahun ke atas, bukan penyanyi professional atau pernah merakamkan single/album.
Kakitangan MBI tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
 
Peserta boleh menghantar video nyanyian sama ada lagu berbahasa Melayu atau Inggeris termasuk pengenalan diri berdurasi antara lima hingga enam minit. 
 
Bagaimanapun, hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap peserta.
 
Rakaman video tersebut boleh berlatarbelakangkan muzik mp3 atau peserta dibenarkan untuk menunjukkan bakat bermain alat muzik bagi mengiringi nyanyian.
 
Video yang dihantar itu perlu ditag ke laman Facebook Gema Warisan Budaya MBI. 
 
Johan bagi pertandingan ini akan menerima RM500 diikuti naib johan RM300, tempat ketiga RM150, dua hadiah saguhati RM100 dan video yang mendapat jumlah tanda suka (like) terbanyak RM200. 
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Illya di talian 017-518 1403 atau Puan Mia di talian 011-1019 8754.