IPOH - Hampir setiap hari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak pernah berhenti menyalurkan pelbagai jenis bantuan terhadap penduduk yang terjejas akibat Covid-19 di bandaraya ini. 
 
Terbaru, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Yahanis Yahya menyampaikan
bantuan barangan makanan kepada enam mantan anggota Perpustakaan Tun Razak (PTR). 
 
Penyerahan bantuan itu diadakan di PTR di sini, hari ini. 
 
Selain itu, sebanyak 14 barangan makanan akan disumbangkan kepada warga Ipoh yang memerlukan. 
 
Rumaizi berkata, semoga sumbangan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).