IPOH - Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) menawarkan bekalan ikan secara percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik Covid-19.
 
Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah berkata, inisiatif ini adalah salah satu cara mereka berkongsi rezeki dengan cara memberi bekalan ikan percuma pada mereka yang susah. 
 
"Jika ada yang terjejas pendapatan atau terputus bekalan makanan boleh datang pada Ahad ini, 4 Julai di Ariff Frozen Food Tasek untuk mendapatkan bekalan ikan tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan ringkas hari ini. 
 
Selain itu, beliau berkata, mereka turut menyediakan sarapan percuma kepada mereka yang hadir pada hari berkenaan. 
 
Pemberian bekalan ikan itu akan diadakan di Ariff Frozen Food Tasek beralamat di 659, Jalan Tasek, Taman Seri Tasek, 31400 Ipoh. 
 
Masa yang ditetapkan bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi bergantung kepada stok bekalan.