IPOH- Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin Md@Daud meminta pihak pengurusan, Tasik Cermin Tourism Sdn. Bhd., mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi baharu dilantik, Maju Perak bagi menyelesaikan kemelut pengurusan Tasik Cermin, Simpang Pulai.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Pengarah Pembangunan Tasik Cermin Tourism Eco Park Sdn. Bhd., Siti Norlizawati Narawi yang mahukan pihaknya meneruskan kerja-kerja pembangunan Tasik Cermin.

IPOH: Sebanyak 10 program seni budaya dan warisan akan berlangsung di negeri Perak, bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Program Apresiasi Seni, Budaya dan Warisan Negeri Perak itu merupakan anjuran bersama di antara Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, kerajaan negeri Perak, badan bukan kerajaan (seni budaya) Perak serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

IPOH: Isu kenaikan harga tambang tiket feri ke Pulau Pangkor sudah dibawa ke peringkat Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dibincangkan secara tuntas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, beliau peka dengan kegusaran yang sedang dihadapi oleh ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini berhubung isu tersebut.

IPOH - Isu pengurusan kawasan geotapak Tasik Cermin di Gunung Rapat di sini dikatakan berhadapan masalah ekoran penggulungan syarikat konsesinya, Mansion Machinery Sdn. Bhd. (Mansion Machinery).

Mansion Machinery telah melalui penggulungan pada 21 Julai 2021 tetapi hanya dimaklumkan pada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Mac lalu.

IPOH: "Itu pendapat peribadi (kritikan netizen) awak nak marah atau tidak tapi ia berlaku dalam industri sejak dulu lagi"

Demikian penjelasan daripada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir berhubung isu lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar sehingga menerima kecaman hebat netizen.