BATU GAJAH - Majlis pecah tanah pembangunan kilang baharu syarikat Smart Paints Manufacturing Sdn. Bhd. telah disempurnakan semalam di Kawasan Perindustrian Bemban di sini.

Pembangunan projek ini telah dikenalpasti secara langsung oleh InvestPerak dan akan dibangunkan dalam dua fasa dengan anggaran keseluruhan pelaburan bernilai RM100 juta.

IPOH: Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang mula beroperasi sejak Oktober tahun 2020 telah berjaya melaksanakan lebih 300 program keusahawanan.

Program berkenaan mendapat kerjasama pelbagai agensi di mana lebih 80,000 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pelbagai kategori dan industri menerima manfaat.

IPOH: Tanah seluas 6.143 ekar di wilayah Selarong, Mukim Pengkalan Hulu akan dibangunkan dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik direalisasikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) kini dalam proses mendapatkan hak milik blok bagi tapak tersebut.

KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, semasa rondaan rutin kira-kira jam 6 petang, pasukan bot ronda APMM telah mengesan bot terbabit dalam keadaan mencurigakan sedang berapung.

TELUK INTAN: Seorang pemandu ambulans kerugian lebih RM21,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak wujud pada 27 Jun lalu.

Mangsa lelaki yang berumur 36 tahun itu hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan selepas hadir ke sebuah bank pada Khamis lalu, untuk membuat kad bank baharu.