IPOH: Kunjungan dan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah di negeri ini sudah dilaksanakan sejak April lalu, khusus untuk memantau kualiti dan harga makanan yang disediakan kepada pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata pendekatan unik itu digerakkan pihaknya bagi melihat sendiri situasi penyediaan makanan di kantin sekolah yang terbabit.

IPOH - Program pemantapan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar telah dijalankan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Methodist, Buntong di sini baru-baru ini.

Ia merupakan inisiatif Ahli Exco MIC negeri Perak, Dato' R.Thangarajah dan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunselor MS Jayaganesh.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menghantar pasukan sukarelawan yang terdiri daripada petugas pelbagai jabatan bagi membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian kepala air di Baling, Kedah.

Semua persediaan telah pun dilakukan dan sedang mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa di lapangan.

IPOH - Pengoperasian dua buah lori sampah compactor baharu bukan sahaja melancarkan lagi operasi kutipan, malah dapat meningkatkan imej Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud berkata, ini kerana kebanyakan lori compactor sedia ada dalam keadaan uzur dan tidak kompetitif untuk dioperasikan.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mula mengoperasikan dua buah lori sampah compactor bernilai baharu dalam inisiatif meningkatkan lagi operasi kutipan sampah.

Setiap buah kenderaan tersebut yang bernilai RM443,000.00 seunit melibatkan peruntukan kos keseluruhan berjumlah RM886,000.