Kakitangan JPJ dikuarantin terima bantuan
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 683
IPOH - Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak yang dalam tempoh kuarantin menerima sumbangan kotak makanan daripada Ahli Parlimen Tambun.
Bantuan tersebut diagihkan oleh sukarelawan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun semalam.
Penyelaras program, Puteri Holijah Mohamed Rali berkata, kesemua kakitangan itu menjalani kuarantin di kediaman masing-masing di sekitar Tambun.
Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Zon 2, seramai 20 kakitangan JPJ yang terkesan menerima bantuan kotak makanan itu.
"Kami mewakili Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat penyerahan seperti yang diamanahkan.
"Dengan adanya sumbangan ini dapatlah meringankan sedikit beban keluarga mereka," ujarnya.