IPOH - Kebajikan penduduk Taman Meru 2B yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatakan (PKPD) sentiasa diambil berat.

Hari ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengagihkan sumbangan 110 bakul makanan kepada penduduk terkesan sepanjang menjalani tempoh tersebut.

Turut diagihkan ialah 240 botol air mineral, pek mi segera dan biskut kepada para petugas barisan hadapan.

Sumbangan disampaikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@ Md Daud kepada Pegawai Operasi APM Kinta, Kapten (PA) Mohd Zaki Sueb di Dewan Serbaguna Taman Meru tengahari tadi.

Sumbangan daripada MBI dan Econsave itu adalah menerusi program MBI Prihatin.

Turut hadir Ahli Majlis, Clr. Dato' Azizul Kama Abd Aziz; Penghulu Mukim Kinta, Dr. Mohd Sani Kamaruddin dan Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2, Chua Yong Chiang.

Sumbangan bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban penduduk yang terkesan serta tanda penghargaan MBI kepada petugas PKPD di situ.