Penerbangan Ihsan TUDM Bawa Bayi Ke IJN
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 696
KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan penerbangan ihsan hari ini bagi membawa seorang bayi yang memerlukan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Tugas berkenaan telah dilaksanakan oleh pasukan No. 20 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.
Bayi berusia tiga bulan itu telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke pangkalan itu dengan menggunakan pesawat Hercules C-130H.
Pesawat diterbangkan oleh Mejar Hamdi Tajuddin dan pembantu juruterbang, Mejar Muhammad Izwanshah Azman beserta enam orang kru.
Turut mengiringi penerbangan ialah ibu bayi berkenaan.
Penerbangan yang mengambil masa kira-kira 50 minit ini tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam12.50 tengah hari.
Bayi itu kemudian dibawa ke IJN dengan menaiki ambulans.
Penerbangan ihsan ini membuktikan komitmen TUDM kepada masyarakat walaupun pada masa sama giat menggandakan rondaan udara bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin.