IPOH - Selepas tiga bulan menjalankan perniagaan secara dalam talian, Kedai Emas Rozita di Jalan Dr Nazrin Shah di sini dibuka semula kepada pelanggan yang lengkap dua dos vaksinasi mulai hari ini. 
 
Pereka Grafik Kedai Emas Rozita, Muhammad Syafiq Shuhada Md Badrum, 24, berkata, pekerja-pekerja di kedai terbabit juga sudah lengkap dua dos vaksin dan segala urusan di premis berkenaan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi menjamin keselamatan pelanggan. 
 
Menurutnya, kedai berkenaan turut memperkenalkan loket emas unik yang menggunakan nama vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca serta harga yang ditawarkan amat berpatutan. 
 
"Kedai kami dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang dan sempena pembukaan semula pada hari ini, kami menjual emas 916 tanpa upah dengan harga cuma RM258 per gram sahaja. 
 
"Penjualan emas tanpa upah ini membantu menjimatkan masa dan pelanggan tidak perlu tunggu lama untuk menjalankan urusan jual beli emas dengan kami," katanya kepada Peraktastic hari ini. 
 
Katanya, pelbagai koleksi barang kemas antaranya cincin, gelang dan rantai emas boleh didapati di kedai terbabit dengan harga murah serta mampu milik. 
 
Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan info terkini melalui siaran langsung Facebook Live Kedai Emas Rozita setiap hari pada jam 2 petang.