Impian setiap wanita untuk memiliki beg tangan berjenama mewah kini bukan lagi satu igauan. Bagi mereka, memiliki beg tangan ikonik bukan sekadar keperluan tetapi lambang dan prestij.

Butik Ipoh Luxury Branded Store (ILBS), terletak di No. 15, Jalan Lebuh Medan Ipoh 7, Bandar Baru Medan, Ipoh, dikatakan syurga beg tangan wanita ikonik yang mampu memenuhi tuntutan naluri dan citarasa anda.

Terdapat enam jenama beg preloved terkemuka di dunia seperti Louis Vuitton (LV), Gucci, Hermes, Chanel, Prada dan YSL menanti anda di sini.

Pemilik butik ILBS, Datuk Kamariah Othman berkata lebih 300 buah koleksi beg preloved yang dikumpul sejak setahun yang lalu kini sedia dijual.

"Saya mahukan golongan pertengahan juga mampu memiliki beg ikonik yang sememangnya menjadi impian dan buruan wanita. Walaupun ia adalah beg preloved tetapi kualitinya masih tetap sama malah kebanyakan kelihatan seperti baru.

"Saya sentiasa memastikan semua produk di butik ini berjenama asli dan 100% dari kulit asli serta berkualiti tinggi. Butik ini mempamirkan pelbagai beg tangan sentuhan fesyen terkini bersama ciri-ciri kontemporari bagi menyerlahkan lagi keunikan keterampilan individu yang mengayakannya,” katanya.

Menurut Kamariah atau lebih mesra dipanggil Maria, para pelanggan yang membeli tujuh buah beg berharga RM500.00 seunit di dalam satu resit akan menerima hadiah barangan kemas 916.

Bagi yang membeli 15 buah beg dalam satu resit pula akan menerima rantai leher atau rantai tangan emas bernilai di antara RM1,000 ke atas. Pelanggan yang hanya membeli tiga buah beg turut akan menerima hadiah misteri. Tawaran terbuka setiap hari seperti mana yang disyaratkan.

“Selain berpeluang menikmati hadiah barangan kemas, pelanggan juga secara tidak langsung akan menderma kepada tabung kebajikan gelandangan sebanyak 10% dari jumlah pembayaran.

“Menerusi tabung itu, saya akan gunakan membeli makanan untuk diagihkan kepada para gelandangan di sekitar Bandaraya Ipoh. Ini merupakan aktiviti peribadi saya dalam membantu golongan yang memerlukan, terutamanya sewaktu pandemik ini,” katanya yang juga merupakan perunding perkhawinan dan usahawan produk penjagaan kulit.

Tegas Maria, setiap beg yang dibeli akan diberi jaminan selama tiga bulan. Sekiranya terdapat kerosakan pada mana-mana bahagian, pelanggan bolehlah memulangkan semula dalam tempoh yang diberi.

“Setakat ini, maklum balas yang saya terima dari para pelanggan semuanya sangat berpuas hati terhadap kualiti beg dan kembali semula ke butik bersama kenalan lain untuk menambah koleksi beg mereka.

“Pelanggan yang kerap membeli membeli di sini, secara langsung menjadi rakan keahlian VVIP untuk mendapat lebih tawaran diskaun yang di luar jangkaan.

“Para pelanggan tidak perlu sangsi akan kualiti produk. Sememangnya saya sendiri berurusan mendapatkan stok beg berjenama ini di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Harga yang tawarkan adalah mampu milik dan reka bentuknya juga sesuai untuk semua peringkat usia,” katanya.

Mereka yang ingin menambah koleksi beg berjenama luangkan masa ke butik ILBS. Waktu operasi ialah hari Selasa hingga Ahad dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 malam, kecuali Isnin. Untuk keterangan lanjut hubungi Maria di talian 012 510 7374 atau 012 417 7374.

Anda juga boleh melayari laman sosial Facebook Ipoh Luxury Branded Store untuk mengikuti perkembangan tawaran terkini dan promosi secara lansung.