Ipoh- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan LTC Alam Bersih Sdn. Bhd. (LTC Alam Bersih) akan menjadualkan semula perkhidmatan kutipan sampah di sekitar Bandaraya Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud berkata penjadual semula itu bagi melancarkan kutipan sampah yang tergendala setelah kerja-kerja kutipan sampah diberhentikan sementara kerana salah soerang pekerja dijangkiti Covid-19.

“Kita menjadualkan semula perkhimatan kutipan sampah daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu mulai 20 September 2021 bagi memastikan kelancaran dan dapat mengatasi semua masalah berkaitan sampah.

“Pihak MBI juga akan menggunakan 13 buah lori terbuka (8 tan) yang baru ini untuk menjalankan tugas-tugas kutipan sampah terlebih dahulu sehingga masalah kutipan sampah selesai. Jadual kutipan baru ini akan dimaklumkan secara rasmi kepada warga kota Ipoh dalam masa yang terdekat.

“Bagi melancarkan kutipan sampah dan keselamatan pekerja terutamanya dalam situasi pandemik Covik-19 ini, orang ramai diminta meletakkan sampah domestik ke dalam tong sampah masing-masing secara kemas dan teratur.

“Sekiranya timbul sebarang masalah kutipan dan pembersihan sampah, warga kota dinasihatkan menghubungi talian hotline MBI 05-255 1515 atau whatsapp 019-550 3083 untuk aduan.