IPOH  – Kebenaran bagi membuka lebih banyak premis perniagaan merupakan langkah positif untuk merancakkan kembali ekonomi yang tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Bagaimanapun, proses sanitasi dan pembasmian kuman wajar dilakukan terlebih dahulu mengikut keperluan sebagai langkah pencegahan jangkitan wabak Covid-19.

Ini termasuklah di premis dan tempat awam yang berkemungkinan mempunyai risiko.

Syarikat Millannium Green Resource (MGR) misalnya merupakan antara yang memiliki kemahiran untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Pengarahnya, Sya Ismal berkata, kerja-kerja melakukan proses sanitasi atau pembasmian kuman perlu dibuat menggunakan kelengkapan yang menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Menurut beliau, MGR yang ditubuhkan sejak setahun lalu mempunyai tenaga kerja mahir untuk melaksanakan kerja-kerja pembasmian kuman termasuklah berkaitan kawalan vektor.

“Kerja-kerja ini berbeza mengikut keluasan sesebuah premis misalnya ruang pejabat bersaiz kecil, sederhana atau pejabat yang besar. 

“Selain melaksanakan kerja-kerja ini, kita juga menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan pejabat dan kemudahan logistik,” ujarnya.

Jelas Sya, proses nyah cemar dilakukan menggunakan semburan klorin atau cecair antiseptik yang dibenarkan.

Bersandarkan kepada pengalaman tersebut,  MGR bersedia untuk menawarkan kemahiran melaksanakan kerja-kerja ini kepada mana-mana pihak khususnya premis pejabat termasuklah kediaman.

Katanya lagi, bagi sebarang pertanyaan pihaknya boleh dihubungi menerusi talian  016-6464190.