IPOH - Pemaju Hartanah, Bond Holdings Sdn. Bhd.  menandatangani Perjanjian Jual Beli hartanah BOND SUITES dengan  Konsortium Koperasi Komoditi Ukwah Berhad bernilai RM11.5 juta, di sini, semalam.

Majlis yang disaksikan oleh Datuk Rumaizi bin Baharin@Md. Daud, Datuk Bandar lpoh itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif, Bond Holdings Sdn. Bhd. Ong Teng Boon dan Presiden Konsortium Koperasi Komoditi Ukhwah Berhad (KKKUB), Datuk Seri Dr. Hj Mustapha Kamal Maulut.

Dalam satu kenyataannya kepada Peraktastic, KKKUB  yakin dan optimis bahawa BOND SUITES adalah pilihan yang tepat kerana lokasinya yang  terletak di Pusat Bandaraya Ipoh serta berada di atas lpoh International Convention Centre (IICC).

“Dengan nilai pelaburan sebanyak RM11.5 juta, pihak KKKUB yakin bahawa BOND SUITES adalah pilihan yang tepat untuk kami.

“Selain itu, kedudukannya yang dikelilingi kemudahan perbankan, pusat membeli-belah, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berhampiran stesen pengangkutan awam termasuk Stesen Keretapi.”

Katanya, BOND SUITES juga berdekatan dengan pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang terpesona dengan keindangan pemandangan bukit batu kapur yang banyak terdapat di Bandaraya Ipoh.

Sementara itu, Teng Boon pula berkata, syarikat percaya, melalui kerjasama perjanjian jual beli sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama pihak terlibat.