KUALA KANGSAR – Sebuah lori treler yang membawa muatan kayu terbakar di Kilometer (KM) 257.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, trler berkenaan musnah kira-kira 40 peratus akibat kebakaran itu, bagaimana pun tiada mangsa terlibat. 

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.06 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.

"Sejurus tiba, treler berkenaan sudah terbakar dan api berjaya dikawal tidak lama kemudian.

Pemadaman turut dibantu anggota dan jentera BBP Meru Raya," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Operasi yang diketuai PBK II Meor Kamarul Hasnin Bahiran tamat sepenuhnya pada pukul 11.28 malam.