Banyak perbezaan antara kedua-duanya walaupun berada dalam bidang yang sama.

Kita kenal pasti dulu dengan siapa kita deal sebelum membuat sebarang pembayaran (booking/deposit) atau urusan yang selanjutnya.

Kita boleh selidik mereka sama ada sebelum atau semasa proses ‘viewing’ hartanah yang kita minat itu.

Jadi, apa beza perunding hartanah dan broker?

Perunding Hartanah

Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) adalah individu yang memiliki kebenaran daripada pihak Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) yang terbabit dalam urusan jual beli hartanah. LPPEH merupakan badan yang sentiasa memantau tingkah laku semua REN yang berada di luar sana.

Maknanya di sini REN ini terikat di bawah satu badan berwajib dan akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kesalahan berpandukan akta yang ditetapkan, pada masa yang sama kerja yang dilakukan mereka akan lebih jujur dan telus.

Ketahui dengan lebih lanjut beza perunding hartanah dan broker.

Perunding Hartanah (REN) adalah mereka yang menawarkan perkhidmatan, kemahiran dan rundingan hartanah secara profesional.

Antara skop kerja REN ini adalah menasihatkan pemilik hartanah untuk menjualkan hartanah mereka mengikut harga pasaran, memastikan hartanah dalam keadaan baik, dan berpatutan dengan harga pasaran yang ingin dijual.

Lepastu, REN ni akan pasarkan hartanah berkenaan secara online mahupun offline. 

REN ni juga yang akan bawa bakal pembeli untuk melihat hartanah yang ingin dibeli/dijual, dalam pada masa yang sama memastikan kelayakan pembeli hartanah.

Mereka mestilah individu yang bersih daripada rekod CCRIS atau disenaraihitam.

Bila mana kedua-dua pihak capai sepakat dan bersetuju dalam penjualan hartanah, REN perlu sediakan dokumen yang berkaitan dan memperkenalkan bank dan peguam untuk melengkapkan urusan jual beli hartanah tersebut sehingga S&P (Sale and Purchase Agreement) ditandatangani kedua-dua pihak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas LO (Letter Offer) ditandatangani.

Antara cara untuk mengetahui latar belakang REN ni adalah melalui Kad Nama, Nama Syarikat, Alamat Pejabat, Nombor Telefon Pejabat, Email atau Laman Web, rangkaian kawasan yang dijaga, berapa lama pengalaman REN itu sendiri dan seumpamanya.

Dengan maklumat sedia ada, kita boleh tahu sama ada Ejen dan syarikatnya itu berdaftar atau tidak dengan LPPEH.

Sebagai langkah berjaga, kita perlu kenal pasti dengan siapa kita berurusan.

Adakah dengan orang yang betul-betul layak dalam bidang Jual Beli Hartanah?

Sebelum nasi menjadi bubur kita mestilah perlu mengambil langkah mengurangkan risiko.

Broker Haram

Broker Hartanah adalah individu yang tidak dilindungi atau terikat dengan mana-mana badan berwajib.

Selain itu, tidak berdaftar dengan mana-mana syarikat atau syarikatnya tidak berdaftar dengan LPPEH.

Ini akan memberi risiko kepada diri sendiri kerana berurusan dengan individu yang tidak terikat dengan mana-mana badan berwajib, maka tindakannya boleh diragui.

Antara risiko yang bakal dihadapi ialah penipuan dalam urusan pembelian hartanah.

Misalnya, bayaran tempahan sudah pun diberi kepada broker atas sebab serius ni nak beli hartanah tersebut.

Bila mana ingin membuat susulan untuk kemaskini status pembelian dengan broker, panggilan tidak dijawab, WhatsApp dah  kena disekat , mesej tidak dibalas, senang kata hilang dari radar lah.

Maka, apa lagi kita nak buat? Sah sah silap kita sendiri.

Lagi satu broker ni takde ‘standard‘ atau SOP yang diamalkan dan sebab itulah broker berani ambil bayaran tanpa had (sukahati dia nak letak berapa) daripada kedua-dua pihak pembeli dan penjual hartanah.

Oleh itu, elakkan diri tu daripada menjadi mangsa broker sebaliknya berurusan dengan Perunding Hartanah (REN) Berdaftar.

Itulah antara perbezaan antara seorang Perunding Hartanah(REN) dan Broker.

Kesimpulan

Bagi mengelakkan sebarang risiko penipuan dalam jual beli hartanah, lantiklah perunding hartanah yang berdaftar dengan LPPEH.

Jangan sesekali berurusan dengan broker haram.

Masyarakat seharusnya menambahkan pengetahuan dan perlu berfikir dengan lebih bijak bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan yang seterusnya.

Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Sementara itu, laporan daripada Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP) tahun 2020 telah menyaksikan aduan berhubung isu penipuan hartanah yang diterima meningkat sebanyak 30%.

MIEA berkata, masih ramai orang awam yang meletakkan risiko terhadap simpanan dan kewangan mereka dengan mempercayai pihak yang tidak diluluskan dan disahkan dari segi undang-undang dalam melaksanakan transaksi hartanah.

Presiden MIEA, Lim Boon Ping menegaskan bahawa kenyataan ejen hartanah menipu adalah perkara yang serius kerana terdapat perbezaan antara 'ejen berdaftar' dan 'broker haram'.

"Broker haram mengaut keuntungan yang cepat dan mereka tidak dilatih atau diiktiraf atau diberi kuasa untuk melakukan transaksi hartanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Boon Ping berkata, MIEA telah mengenalpasti 13 cara orang awam ditipu yang boleh dirujuk menerusi pautan

Beliau mengulas mengenai laporan oleh akhbar tempatan berhubung isu penipuan hartanah, yang didakwa menggunakan terma tidak tepat, sekaligus dipercayai menyebabkan kekeliruan orang awam dan mencemarkan kerjaya berkenaan.

Tambah Boon Ping, kenyataan itu perlu tepat dan membezakan antara ejen hartanah serta broker haram.

“MIEA telah membuat ribuan kenyataan dan turut melaksanakan kempen kesedaran iaitu #MYREALAGENTS.

“Kami menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk melaksanakan transaksi hartanah untuk menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar (REA), Ejen Hartanah Percubaan (PEA) atau Perunding Hartanah (REN).

“Kami juga menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan bantuan MIEA dalam mengenalpasti sekiranya pihak yang mereka berunding adalah ejen sah.

“MIEA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati terhadap tawaran hartanah yang kedengaran terlalu indah untuk dipercayai.

Orang awam boleh memeriksa ejen hartanah mereka menerusi laman web BOVAEP (www.lppeh.gov.my, hubungi BOVAEP di talian at 03-2288 8815 atau hantarkan e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.,” katanya.

 (Sumber MIEA & Kakiproperty)