PUTRAJAYA - Gabungan kerjasama antara Bond Holdings Sdn. Bhd (Bond Holdings).,Sycal Berhad dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) , menerusi pembangunan ‘BOND SUITES’ telah berjaya menerima pengiktirafan sekaligus merangkul anugerah kecemerlangan 2021

Dinobatkan anugerah ‘Excellence in MICE Investment of the Year’ dan ‘Excellence in Business Advertisement Awards’ oleh Dewan Perniagaan Digital Malaysia @ Malaysia Excellence Business Anugerah (MEBA 2021), memberikan suntikan semangat untuk terus berdaya maju.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah telah berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel, di sini , baru-baru ini.

“Majlis anugerah ini diadakan untuk meraikan pencapaian cemerlang usahawan industri yang berjaya mengekalkan perniagaan, berdaya tahan dalam perniagaan mereka dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara walaupun berdepan cabaran getir pandemik COVID-19,” demikian menurut kenyataan media Bond Holdings.

Katanya, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh 18 bulan dengan ketidaktentuan landskap ekonomi, Bond Holdings Sdn. Bhd. bagaimanapun berjaya mengharungi perniagaannya dalam keadaan norma baharu.

Tambahnya, dengan kemajuan teknologi digital promosi pemasaran dapat dilakukan dengan platform atas talian.

‘BOND SUITES’ merupakan unit hartanah berkonsep ‘suite’ terbuka yang direka untuk memberikan gaya kehidupan yang menawarkan pemandangan Bandaraya Ipoh, terletak di atas Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh serta kemudahan akses ke tempat-tempat terkemuka di bandaraya ini.