IPOH- Tasek Cermin bakal dibuka semula kepada orang awam pada 15 Januari 2022 setelah pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menutup pengoprasiannya akibat gara-gara seorang seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu baru-baru ini.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata setelah membuat siasatan terhadap kejadian itu dan pihaknya berpuas hati dengan keputusan yang diterima.

“Tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit seharusnya tidak dilakukan, kerana Tasek Cermin bukan taman rekreasi untuk bermandi-mandi. Tasek Cermin hanyalah sebuah pusat rekreasi merihatkan minda dan menikmati keindahan alam semulajadi.

“Kita akan membukakan semula kepada umum pertengahan bulan ini dan waktunya ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya berharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

“Kita juga mahu pembukaan semula Tasek cermin ini bakal merancakkan semula sektor pelancongan di negeri Perak. Tasek Cermin kini menerima ramai pengunjung dan ia berpontensi menjadi antara produk pelancongan yang utama di Bandaraya Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan lelaki yang terjun ke dalam Tasek Cermin menjadi tular di media sosial setelah video perbuatan itu dirakam oleh seorang pengujung dan mendapat kecaman netizen pada pertengahan Disember tahun lalu.