IPOH -  Tiada yang lebih bererti dalam sesebuah kejayaan melainkan dapat berkongsi nikmat dari hasil keuntungan jualan dengan golongan yang memerlukan.

Itulah dilakukan oleh pengasas produk kecantikan BioFri, Frida Khong yang menghulur sumbangan berjumlah RM1,000.00 kepada pusat kebajikan anak-anak yatim di bandaraya ini sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut awal bulan Februari ini.

“Kami mahu berkongsi kegembiraan sempena hari perayaan ini disamping menghargai golongan yang kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui di FigHouse De Garden, di sini pada Sabtu.

Biofri ditubuhkan pada 28 September 2020, dimulai oleh produk Kolagen Antioksidan Amino bagi merawat kesan penuaan, menjana semula serta memulihkan tisu dan organ yang rosak, memperbaiki tulang rawan dan tulang serta penggalak imunisasi sistem tubuh.

Produk BioFri boleh didapati di Teras Nadi Medical Supplies di Jalan Kamaruddin Isa dan Signature Illumine di Jalan Raja Ekram. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman sesawangnya : http://biofri.com/