Oleh: Noraidah

Larut- Impian tiga beradik warga emas terpaksa menghabiskan sisa-sisa usia mereka dengan berkongsi keperitan hidup meng­huni sebuah rumah sewa daif di Pekan Selama di sini sejak 14 tahun lalu, bakal menerima bantuan rumah tidak lama lagi.

Menyedari keperitan yang dihadapi keluarga tersebut mendapat perhatian, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya telah mengarahkan agar bantuan segera dapat disalurkan melalui inisiatif perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

"Pihaknya bersimpati dengan nasib hidup keluarga terbabit.

"Diharap keluarga tersebut dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa, dengan keadaan faktor kesihatan mereka,"katanya.

Sebelum ini media melaporkan kisah tiga beradik disebabkan kemalangan dan penyakit angin ahmar, Rahmah Mustafa, 65, bersama dua adik­nya iaitu Che Manis, 59, dan Wan Ali, 54, tidak lagi boleh bekerja, menyebabkan sewa rumah tersebut tertunggak selama 14 bulan.

Rahmah berkata, mereka sekeluarga turut berterima kasih kepada semua pihak penduduk setempat agensi kerajaan yang sudi memberi sumbangan

“Syukur dapat bantuan rumah untuk kami sekeluarga tinggal dalam keadaan selesa disebabkan keadaan kesihatan yang terbatas pergerakan dan tidak lagi mampu berkerja, ,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selama Mohd Akmal Kamarudin dan Umno Bahagian Larut.