IPOH - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan PPPNP telah menganjurkan Perak SADC Agrofest Golf Game 2022 yang berlangsung di Royal Perak Golf Club (RPGC) kelmarin.

Kejohanan julung-julung kali diadakan hasil cetusan idea pengurusan kanan Perak SADC itu melibatkan seramai 87 peserta.

Kejohanan berkenaan telah mempertandingkan empat kategori iaitu Medal A (Handicap 0-15), Medal B (Handicap 16-24), Ladies dan Perak SADC Player.

Bagi kategori Medal A, Tuan Zamri Tuan Embong daripada Persatuan Golf Negeri Perak telah dinobatkan selaku juara manakala bagi kategori Medal B, kejuaraan menjadi milikAbd Aziz Bin Abd Rahim daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Untuk kategori wanita pula, Noralzian Zainal daripada Persatuan Golf Negeri Perak telah muncul juara manakala bagi kategori Perak SADC Player, kejuaraan digenggam Rusman Yahya.

Selain itu, kejohanan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah melibatkan semua peserta yang bertanding.