IPOH- Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @Md Daud kesal terhadap sikap masyarakat yang menzalimi anjing liar seperti yang terjadi di kawasan Taman Eco Tasik Cermin baru-baru ini.

Menurut Rumaizi, orang ramai seharusnya tidak mengambil  tindakan singkat untuk menghapuskan anjing liar secara memberi racun melalui makanan.

“Kejadian yang melibatkan 12 ekor bangkai anjing liar di Taman Eko Tasik Cermin yang dipercayai mati diracun dianggap tidak berperikemanusiaan. Seharusnya orang ramai menghubungi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekiranya terdapat anjing-anjing liar berkeliaran atau mengganggu ketenteraman awam.

“Saya juga kesal terjadi salah faham di kalangan  netizen yang beranggapan kejadian membunuh anjing itu dilakukan oleh MBI. Pihak MBI tidak akan mengambil tindakan ke atas anjing liar secara kejam sepertimana yang dilakukan.

“Pihak berkuasa MBI hanya datang untuk menaman semua bangkai anjing tersebut. Sekiranya bangkai itu tidak ditanam dengan betul dan cepat, ia bekemungkinan membawa penyakit kepada penduduk berdekatan”, katanya kepada pemberita di ibu penjabat MBI, di sini hari ini.

Berita kejadian bangkai anjing liar yang bergelimpangan mati telah tertular di media sosial seterusnya menimbulkan perbagai reaksi warga netizen.

Rumaizi menambah, bulan ini pihak MBI juga menerima pelbagai aduan dari orang ramai berhubung anjing liar ditemui mati di beberapa lokasi

“Pihak MBI telah melaporkan kejadian ini kepada pihak Polis untuk siasatan selanjutnya.  Orang ramai diingatkan agar tidak mengulangi perbuatan zalim terhadap haiwan liar seperti itu lagi”, ujarnya.