Penguat kuasa MPM tampil lebih segak dengan pakaian seragam baharu
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1747
MANJUNG - Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mendahului pihak berkuasa tempatan PBT lain di negeri ini apabila secara rasmi memperkenalkan pakaian seragam penguat kuasa yang baharu.
Ini merupakan pakaian seragam tunggal yang diseragamkan untuk semua penguat kuasa PBT di seluruh negara.
Apa yang membezakan adalah lencana dan logo PBT masing-masing di mana pengenalan pakaian seragam baharu ini juga dapat memperkasakan imej PBT.
Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Penguat kuasa MPM ini telah berlangsung di Dewan Merdeka MPM semalam
Ia disempurnakan Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh.
Turut hadir Akauntan, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Herni Suriani Amarzuki dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar,
Abd Halim Saad.
Pemakaian pakaian seragam ini melibatkan seramai 53 penguat kuasa melibatkan baju operasi, pakaian tugas am dan bush jaket untuk perbarisan pada hari Isnin.
Pemakaian pakaian seragam ini berkuatkuasa pada 31 Mac ini iaitu sempena Hari Penguatkuasa MPM yang akan disambut pada setiap tahun.