MBI Prihatin ceriakan mangsa ribut
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 604
IPOH- MBI terus menabur bakti dan bersungguh membantu warga kota yang sedang menghadapi kesukaran dalam apa juga bentuk musibah.
Sikap keperhatinan Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud hari ini turun padang ke Zon 21, Sungai Rokam dan Rapat jaya sebagai tanda sokongan kepada mangsa-mangsa yang terbabit selain menghulurkan sumbangan.
‘MBI mengambil inisiatif mewujudkan Program MBI Prihatin semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan kini tetap diteruskan dengan kerjasama dari rakan-rakan strategik seperti pasar raya Econsave, Kinta Properties serta beberapa syarikat yang lain.
“Kini hampir RM2 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam meneruskan kehidupan mereka yang terkesan dalam situasi pandemik Covid-19 dan bencana alam”, katanya.
Rumaizi meluangkan masa untuk turun padang ke Zon 21, Sungai Rokam dan Rapat Jaya bagi menyampaikan wang tunai dan bantuan bakul makanan MBI Prihatin bernilai RM10,000 kepada Ahli Majlis MBI (Zon 21), Clr. Abu Bakar Hussian untuk diagihkan kepada penduduk terjejas bencana ribut baru-baru ini.
Rumaizi berkata, program MBI Perhatin hari ini melibatkan perbelanjaan yang dibiayai oleh MBI serta rakan strategik seperti pasar raya Econsave, Kinta Properties serta penaja lain.
“Semoga program MBI Prihatin akan terus menjadi platform MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera. MBI berharap sumbangan tersebut akan membantu meringankan beban penduduk.
“MBI Prihatin juga telah membuka peluang kepada semua syarikat-syarikat besar untuk tampil membantu segenap lapisan masyarakat yang dalam kesusahan dan kesulitan”, katanya.