Sultan Nazrin berangkat pada Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Negeri Perak
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 866
IPOH - Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1433H/2022M yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah malam tadi.
Turut berangkat Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar.
Majlis sambutan sebelum itu dimulakan dengan tazkirah, bacaan ayat suci al-Quran, tahlil dan doa selamat diikuti bacaan doa berbuka puasa.
Lebih 300 jemaah yang terdiri dalam kalangan tetamu kehormat, jemputan dan rakyat hadir sama memeriahkan sambutan.
Dalam majlis sama, Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan penyerahan bantuan zakat MAIPk melalui Penghulu-Penghulu Mukim Daerah kepada 33,342 orang asnaf fakir dan miskin seluruh negeri Perak berjumlah RM8.3 juta.
Baginda juga telah menyempurnakan pengurniaan watikah pelantikan dua Anggota Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) yang baharu iaitu Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar Arshad serta Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudiannya menunaikan solat Isyak berjemaah dan tarawih sebelum berangkat pulang.