IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini telah berkenan melancarkan program WaQaf 365 bertempat di Impiana Hotel.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Program WaQaf 365 mengajak umat Islam untuk berwakaf secara tunai sepanjang tahun dengan teknologi atas talian melalui sistem Infaq-Pay yang mudah.

Kaedah ini juga membolehkan individu menyempurnakan ibadah wakaf secara berterusan dan sistematik selain daripada potongan gaji bulanan.

Ini akan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk berwakaf berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Perbandanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPK) Sdn. Bhd., mensasarkan 10,000 pewakaf dalam masa setahun dengan nilai kutipan sebanyak RM 3.6 juta.