IPOH - Seramai 55 ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd) terlibat pada program anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).

Program itu anjuran bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (Wanita) dari seluruh negeri Perak bertempat di Laman Seri Ridzuan, Ipoh pada Ahad lepas.

Terdahulu, program ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad.

Dalam ucapannya, beliau memberi sedikit perkongsian mengenai Pelan Perak Sejahtera 2030 yang telah dilancarkan pada 15 Jun 2022.

Selain itu, pelan tersebut merupakan hala tuju pembangunan negeri yang menyeluruh dan strategik sehingga tahun 2030.

Program kemudian diteruskan dengan ceramah bertajuk Kedudukan dan Kewajipan Wanita Dalam Membina Masyarakat Sejahtera oleh Pensyarah Jabatan Usuluddin di Universiti Sultan Alam Shah (USAS), Ustaz Dr Mohd Syafiq Sahimi.

Seramai 500 pemimpin dan ahli NGO wanita bergabung dalam program ilmu ini yang dipimpin oleh Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Aezer Zubin.

Penglibatan ahli BAKAT 2 Bgd dalam program ini selari dengan Tonggak Ketiga dan Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dan Pengukuhan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.