IPOH: Penyerahan tong sampah beroda 120 liter secara percuma diteruskan di Taman Tasek Mewah, di sini hari ini.

Serahan dari rumah ke rumah itu merupakan lokasi ke-26 yang membabitkan 645 unit premis rumah kediaman.

Ahli Majlis Zon 10, Mohd Rafaad Razalli hadir bagi menyempurnakan pelancaran program tersebut.

Turut hadir, Ketua Kampung Tersusun Tawas Tambahan Basharuddin Ismail, Ketua Kampung Tawas Tambahan, Mohd Azizi Abdul Latif, JPP Zon 10, Chahril Acho, dan JPKK Kampung Tawas Tambahan, Jamaludin Zakaria.

Tarikh edaran tong sampah itu adalah pada 6 dan 7 Ogos (Sabtu dan Ahad).

Selain itu, risalah bertajuk "Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman" turut diedarkan kepada setiap penerima tong sampah.

Ia selaras dengan usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah dan cara membuang sampah dengan betul.