Bayan Lepas – Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman (DSV) mensasarkan RM2 ribu juta tahun ini bagi koleksi baharu barang kemas ‘Only You’.

Menurut jutawan kosmetik tersohor tanahair itu, jenama Only You berpotensi besar menarik perhatian peminat barangan kemas kerana reka bentuknya menepati kehendak serta citarasa terkini.

Saya sangat teruja kerana dipilih untuk memperagakan koleksi Only You yang bertepatan dengan citarasa saya. Rekabentuk terbaharu ini mempunyai keunikan tersendiri yang disulami dengan ciri-ciri kemewahan dan kehebatan.

Jenama emas yang terdapat di Malaysia sangat berkurangan, namun jika ada pun hanya beberapa sahaja. Penjenamaan baharu koleksi Only You oleh syarikat Foo Bao Sdn. Bhd bakal memberi saingan hebat dalam industri emas negara ini.

Walaupun kita berada di era endemik COVID-19, citarasa pencinta emas tidak pernah luntur walaupun dunia dalam kemelut ekonomi namun kuasa membeli tetap tinggi.

Emas adalah satu pelaburan, ia merupakan aset untuk masa depan yang tidak sama sekali merugikan. Sebab itulah peminat barang kemas akan sentiasa peka akan penjenamaan baharu dengan rekabentuk terkini untuk dijadikan koleksi peribadi”, katanya sewaktu ditemubual oleh Peraktastic sewaktu Pameran Singnature Emas dan Barang Kemas di Pusat Konvensyen Setia Spice, Jumaat lalu.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu juga mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke dai emasnya ‘Telaga Emas DSV’ di Pasaraya Angsana untuk memiliki koleksi barang emas terkini yang mampu memenuhi citarasa pembeli.

Silalah berkunjung ke Telaga Emas DSV, anda akan melihat sendiri rekabentuk terkini. Anda juga boleh menempah koleksi Only You di kedai saya kerana kedai emas Foo Bao Sdn. Bhd adalah rakan niaga yang telah terjalin sekian lama”, katanya.

Sementara itu, Pengasas Only You yang juga Ketua Pengawai Eksekutif Foo Bao Sdn. Bhd berkata beliau memilih DSV untuk memperagakan koleksi berjumlah RM1 juta itu bukan sahaja kerana kredibilitinya sebagai ikon usahawan tersohor malah DVS seorang yang ‘cute’ dan mempunyai berpengaruh.

Saya yakin pemilihan DSV sebagai ‘Duta Only You’ mampu memperkenalkan jenama ini dengan lebih berkesan terutamanya menerusi laman sosial DSV yang mempunyai jutaan pengikut.

Selain itu reka bentuk yang kreatif serta inovatif ini, mampu menarik ramai pengumpul-pengumpul koleksi barang emas”, ujarnya. -PERAKTASTIC-