IPOH, 10 September - Seramai 30 orang petugas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyertai Program Explorace Integriti dan Antirasuah di Taman Dr Seenivasagam di sini Sabtu lepas.

Program dikelolakan oleh Suruhanjaya Pencerobohan Rasuah Malaysia negeri Perak.

Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak memaklumkan, program dimulakan dengan sesi taklimat explorace race.

Sesi ini telah disampaikan oleh pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak, Zamri Darus.

"Ia mengandungi petunjuk berhubung SPRM dalam checkpoint SPRM.

"Terdapat 6 checkpoint yang disusun sepanjang program ini yang berakhir pukul 1 petang," ujar makluman tersebut.

Objektif program ini untuk memupuk sikap kerjasama, menguji nilai integriti dan antirasuah serta kekuatan mental dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepada para peserta.

Program ini turut membabitkan beberapa agensi iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam menyampaikan mesej-mesej antirasuah kepada golongan sasar di negeri ini.