PKP: Majlis Bandaraya Ipoh Bantu Petugas Media Yang Terkesan
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 520
IPOH, Selepas beberapa pihak tampil membantu petugas media yang turut terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), langkah yang sama dibuat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Seramai 20 petugas media daripada pelbagai agensi menerima sumbangan berupa bekalan makanan itu.
Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu petugas media yang juga petugas barisan hadapan dan turut berhadapan dengan pelbagai risiko dalam mendapatkan berita sewaktu wabak Covid 19.
“Sumbangan ini adalah tanda sokongan dan penghargaan MBI kepada petugas media di Perak yang turut bertungkus lumus bertugas mendapatkan berita-berita terkini ketika Covid-19.
"Jadi MBI rasa terpanggil untuk membantu mereka dengan memberi sumbangan ini," katanya.
Bagi petugas media, sumbangan MBI tersebut menurut mereka sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang perlu ditanggung.
Sumbangan keperluan dapur itu menurut Mohd. UmzarulFaiz Umar boleh menampung keperluan keluarga petugas-petugas media.
" Sebenarnya ramai petugas media yang turut terjejas ekoran Covid-19 ini. Alhamdulillah sumbangan MBI ini sangat membantu kami," katanya.