Perkongsian ilmu tentang teknologi hijau untuk bandar lestari
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 673
IPOH - Lebih 300 warga kampus termasuk tetamu luar hadir pada Minggu Pusat Teknologi Hijau Untuk Bandar Lestari 2022 dan Program Town Hall di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini pada Isnin lalu.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Riam Chau Mai.
PUO dalam kenyataan memaklumkan, penganjuran program tersebut bagi meningkatkan perkongsian maklumat dalam kalangan pendidik, pengamal dan warga institusi pengajian tinggi.
Menariknya, Minggu Pusat Teknologi Hijau kali ini adalah penganjuran dua program besar iaitu Program Town Hall dan International Conference on Research and Innovation in Sustainable Cities (ICRISC 2022).
"Program ICRICS 2022 bertemakan 'Kemajuan Teknologi dalam Pembinaan Mampan melalui IR 4.0 untuk Masa Depan Hijau' dipilih seiring isu dan perkembangan semasa teknologi hijau dan pembangunan bandar lestari.
"Sejumlah 77 artikel penyelidikan, 18 inovasi dibentangkan ahli akademik, penyelidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara," ujar kenyataan itu.
Diharapkan program ini akan menjadi asas kepada langkah-langkah penting ke arah kerjasama dalam kalangan pendidik,
pengamal dan penyelidik dalam bidang Bandar Lestari.
Ia seterusnya ke arah mencapai objektif bersama, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.