IPOH – Reliacraft Dagangan Sdn. Bhd. (Reliacraft Dagangan) mengukuhkan lagi segmen pemasarannya apabila dilantik sebagai pengedar perkakasan jenama Milwaukee.

Ia bagi kegunaan dalam segmen pelbagai industri. sekali gus membuktikan keyakinan pihak prinsipal, Milwaukee.

Milwaukee merupakan jenama global bagi pelbagai jenis perkakasan tangan (tools) industri terhadap Reliacraft Dagangan sebagai pengedar.

Pengurus Reliacraft Dagangan, Muhammad Shafii Jaafar berkata, pelantikan sebagai pengedar bagi perkakasan Milwaukee, jenama global yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu turut mengukuhkan lagi segmen pasaran syarikat berkenaan.

“Milwaukee merupakan antara peneraju dalam teknologi perkasasan tangan, tapi berbanding pesaing lain kelebihan produknya kerana menggunakan bateri pintar berteknologi tinggi yang boleh dicaj semula.

“Penggunaan bateri menggunakan konsep tenaga diperbaharui ini juga merupakan evolusi baharu dalam bidang kejuruteraan tinggi selain menjimatkan pada jangka panjang berbanding elektrik,” ujarnya.

Reliacraft Dagangan yang berpengkalan di Bangi, Selangor merupakan anak syarikat Reliacraft Group, sebuah Kumpulan milik bumiputera yang menjurus pada bidang perkhidmatan berkaitan gas dan petroleum.

Syarikat ini juga memiliki portfolio yang meluas dalam pelbagai segmen termasuk kejuruteraan, pembinaan, keselamatan dan pertahanan.

Milwaukee mempelopori penggunana teknologi bateri jenis lithium-ion pada perkakasan tangan selain yang pertama membangunkan kejuruteraan pek bateri untuk semua jenis perkakasan keluarannya selain menjadikan ia mudah bawa.

Menurut Muhammad Shafii, buat permulaan Reliacraft Dagangan memasarkan lima produk Milwaukee bagi rangkaian MX Fuel iaitu perkasan dan peralatan yang menggunakan pek bateri lithium-ion berteknologi tinggi.

Katanya, lima perkakasan tersebut adalah MX Fuel Cut off saw, MX Fuel Hex Breaker, MX Fuel Core Drill , Milwaukee Tower Light dan Milwaukee MI18 Job Site Light.

“Fokus pasaran terutamanya pada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kerja Raya, pasukan polis, tentera dan lain-lain agensi berkaitan.

“Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam pemasaran dan perkhidmatan pada agensi kerajaan khususnya, Reliacraft Group mempunyai kemahiran selain menawarkan khidmat lepas jualan yang diyakini pengguna,” ujarnya.