IPOH - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Chulan telah dipilih untuk menerajui inisiatif Bandar Rendah Karbon kerana kedudukannya dalam zon ULEZ (Ultra Low Carbon Emission Zone).

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Dr. Richard Ng berkata, sebagai alumni sekolah tersebut pencapaian itu sangat membanggakan beliau.

"SMK Raja Chulan adalah alma mater saya dan sudah tentu saya bangga untuk menjalankan kewajipan saya sebagai alumni sekolah ini.

"Saya turut bangga kerana sekolah ini telah dipilih untuk menerajui inisiatif Bandar Rendah Karban kerana kedudukannya dalam zon ULEZ yakni Ultra Low Carbon Emission Zone," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Localising SDGs through Community Engagement di SMK Raja Chulan Ipoh kelmarin.

Beliau dijemput saya selaku Ahli Majlis MBI manakala program diadakan sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan tahun 2022.

Turut hadir Pengetua SMK SRC, Abdul Manaf Asmuni; Koordinator Program Perancangan Bandar dan Wilayah, Gs Dr. Nor Hisham Md Saman; Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak
Jabu Anak Dugu serta guru-guru dan pelajar SMK SRC.