IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlahRM2,987,122.31 daripada empat syarikat korporat.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam kenyataan memaklumkan, majlis berkenaan diadakan di Istana Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.

"Empat syarikat korporat menyerahkan bayaran zakat perniagaan dan pendapatan itu kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan jumlah keseluruhan.

"Penyerahan didahului Bank Simpanan Nasional diwakili Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abd Rashid dengan menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2,310,000," ujar kenyataan itu.

Ia diikuti Affin Islamic Bank Berhad diwakili Pengerusinya, Musa Abdul Malek dengan jumlah zakat perniagaan RM325,000.

Seterusnya menunaikan zakat perniagaan ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan jumlah RM227,872.84 diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Mohd. Rosli Basri.

Turut menurut zakat perniagaan ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dengan jumlah RM124,249.47.

Penyerahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Nor Azman Zainal.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin, dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini.