IPOH: Malaysia & Santan (M&S) tampil membantu (Perusahaan Kecil Sederhana) PKS di Perak dengan mengedarkan lebih 5,000 pek santan secara percuma.

Pengarah Urusan M&S, KC Chung berkata inisiatif yang dilaksanakan bersama  Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bertujuan membantu usahawan PKS Perak yang menggunakan santan dalam produk makanan keluaran mereka.

“Menerusi program ini kita berjaya mengumpulkan lebih daripada 200 usahawan makanan dan minuman (F&B) dari wilayah Kinta.

"Sumbangan santan percuma ini selain meringankan modal perniagaan mereka, ia merupakan sokongan kami kepada usahawan tempatan yang menggunakan santan sebagai bahan utama masakan semasa Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

“Kami ingin mempertingkatksn lagi kesedaran tentang kebaikan produk kami dengan kerjasama STeP dan agensi lain pada masa hadapan. Kami yakin boleh membantu lebih ramai usahawan tempatan menerusi program seperti ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sumbangan kotak santan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Usahawan negeri Perak, YB Salbiah Mohamed di luar perkarangan bangunan M&S di Silibing pagi tadi.

Pada masa yang sama Salbiah berkesempatan menyaksikan pameran M&S seterusnya merasmikan program hari Pengedaran Sanatan Bersama M&S.

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang M&S, sila layari laman web https://msfood.com.my/ dan FB : M&S Santan Kelapa dan Instagram: @ms santan. -PERAKTASTIC-