Dalam era globalisasi hari ini, dunia kewartawanan semakin maju dan pantas. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh petugas media sebelum kecanggihan teknologi dalam menghadapi pelbagai cabaran serta mengetepikan keselamatan diri sendiri.

Mereka yang dilahirkan selepas Perang Dunia II, kisah kekejaman semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu hanyalah sebahagian daripada sejarah. Namun, tidak untuk Jerry Francis,80, seorang wartawan veteran.

Pengalamannya menyaksikan sendiri menyaksikan sendiri kepala manusia yang ditusuk pada pancang dan dibiarkan reput di bawah terik matahari dan hujan di tepi jalan utama di Kuala Lumpur pada tahun 1941 adalah satu mimpi ngeri yang tidak mampu tepadam dari ingatannya.

Pada masa itu, Jerry berusia 4 tahun ketika berhadapan dengan pemandangan ngeri yang menghantuinya sehingga kini.

"Saya masih dapat membayangkan dengan jelas pemandangan yang menakutkan itu dan setiap butirannya segar seperti tahun-tahun yang lalu," tulis Jerry dalam autobiografinya - "From The Shadow Of The Rising Sun."

"Saya tidak akan lupa melihat kepala yang terputus dengan mata yang tidak bermaya kelihatan merenung saya seolah-olah terkejut," katanya.

Jerry mendedikasikan buku itu kepada arwah ibunya, yang telah mengorbankan kepentingan dirinya untuk memastikan kelangsungan hidup anak-anaknya semasa Perang Dunia II dan seterusnya.

Katanya, kalau bukan kerana pengorbanan dan keazamannya, dia dan adik-beradiknya tidak mungkin muncul Dari Bayangan Matahari Terbit.

Di sebalik kesusahan, Jerry mempunyai usaha yang memberi inspirasi dan menarik semasa zaman pembesarannya.

Beliau pernah bermain "permainan tempur" di kaki Batu Caves dengan anak-anak pekerja ladang getah India dan kerap bertemu di gerai kopi di bawah pokok ‘Berangan’ bersama pemuda dari perkampungan Hokkein di Ipoh Road atau di pertemuan rahsia untuk berenang di Sungai Segambut.

Mereka yang bercita-cita menjadi wartawan adalah disarankan untuk memiliki senaskah karya ini. Beliau telah menulis tentang bagaimana beliau akhirnya menjadi seorang wartawan.

"Wartawan generasi saya kebanyakannya belajar melalui percubaan dan kesilapan serta bimbingan daripada mereka yang berpengalaman" katanya.

Kerjaya kewartawanannya yang panjang telah membawanya pada pengembaraan yang mencabar dan membahayakan dirinya.

Antaranya, bertemu dengan pahlawan lagenda Melayu, Mat Kilau, yang tiba-tiba muncul di sebuah kampung terpencil di Pahang selepas dipercayai meninggal dunia lebih 70 tahun.

Dan juga membuat liputan "Pemberontakan Kedua" di Perak dan Selatan Thailand. Pada masa itu beliau perlu kerap memandu merentasi kawasan yang dipenuhi pemberontak komunis berhampiran sempadan Malaysia-Thai.

"Saya masih ingat bagaimana saya terpaksa meredah kawasan sensitif keselamatan sewaktu perintah berkurung untuk menyampaikan maklumat melalui telefon awam," katanya.

Beliau juga pernah berselisih dengan Menteri Besar Perak dan juga disiasat oleh Cawangan Khas semasa pergolakkan berlaku.

Selepas bersara, beliau terus menulis secara tetap untuk pelbagai media yang menyentuh pelbagai isu komuniti termasuk pelancongan dan warisan di Ipoh.

Mnerusi pelbagai ulasan yang dihasilkan, beliau berjaya mempengaruhi Kerajaan Perak untuk memelihara Kapal Korek TT5 (Tanjung Tualang 5) sebagai ‘Warisan Kapal Korek Bijih Timah’.

Buku ini boleh didapati dari ARECA BOOKS , Royal Ipoh Club atau hubungi  Lorraine ditalian 0124621770.

 

Ends//