SCREAMFEST 2: FREAKSHOW, Ratusan Hantu Tawan LWOT
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 531
Ipoh- Orang ramai, jangan lepaskan peluang untuk ‘bermesra’ dengan ratusan hantu di taman tema air Lost World Of Tambun sempena SCREAMFEST 2 sepanjang Oktober ini.
SCREAMFEST 2 kembali dengan menampilkan lebih kurang 200 watak hantu yang pastinya memberi pengalaman berbeza sempena bulan Halloween.
Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway, Nurul Nuzairi, berkata tahun ini SCREAMFEST 2 menampilkan lima lokasi tarikan utama untuk pengujung merasai lebih pengalaman yang menyeramkan.
"SCREAMFEST 2 merupakan acara tahunan yang bukan hanya meningkatkan kunjungan pelancongan domestik tetapi menawarkan pengalaman unik di Malaysia.
"Kami berbesar hati menjemput masyarakat berbilang kaum untuk merasai naratif pesona cerita rakyat tempatan menerusi lima tarikan utama iaitu Mistika Tambun, Whispers Of Sorcery, Denai Puaka, Hutan Luminus: Perjalanan Dystopia dan Express 999.
“Keseronokan tidak berakhir dengan aksi berhantu sahaja, tetapi permainan berbentuk riadah juga disediakan dalam suasana penuh misteri,” katanya dalam sidang media sempena SCREAMFEST 2 Media Preview di LWOT pada Selasa baru-baru ini.
SCREAMFEST 2 dijadualkan pada setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad dari 6 Oktober hingga 31 Oktober, bermula 7:15 petang hingga 11:00 malam.
Tiket dalam talian kini boleh dibeli e-store Lost World Of Tambun, berharga RM80 untuk Dewasa dan RM72 untuk Kanak-kanak dan OKU. - PERAKTASTIC-